Skip to main content

YAMAN

Assalamualaikum,
Darul Mubarak Travel & Tours, menjemput jemaah melakukan umrah ke tanah suci dan terus menziarahi bumi Yaman, Umrah dan ziarah ini selama 14 hari, dengan harga yang berpatutan, anda akan merasai pengalaman yang tidk dapat anda lupakan.
Kenapa anda perlu ke Yaman. ? Apa yang menarik di Yaman?...
Jom kita telusuri keindahn yang terdapat di Bumi Yaman...
Ibu negera Yaman terletak di Sana’a, dengan kepadatan penduduk melebihi 2 juta orang dan ketinggian melebihi 2,300 meter dari paras laut. Bandar-bandar utama Yaman ialah Hudaidah, Hadhramaut, Aden (bandar ekonomi), Mukalla, Taiz, Ibb, Sa’adah, Ma’arib dan Seiyoun.
Sekiranya anda pergi melawat ke Yaman anda tidak peru terlalu risau kerana walaupun bahasa utaman rakyat Yaman menggunkan bahasa Arab, namun Bahasa Inggeris merupakan sebagai bahasa kedua digunakan secara meluas terutama dalam sektor perniagaan.
Bilangan penduduk di Yaman ialah mencecah 23 juta orang (tahun 2008) dan pertambahan penduduk pada kadar 3.34% setahun. Majoriti penduduknya berbangsa Arab. Sedikit berbangsa Asia Selatan dan Afrika. Penduduk dibahagikan kepada identiti kabilah. Bagi kebanyakan orang Yaman, identiti kabilah adalah tersangat penting. Ini dapat dilihat di kawasan-kawasan pergunungan di utara, di mana Syeikh-syeikh dari dua gabungan kabilah yang besar iaitu, kabilah Hasyeed dan Bakil boleh mengerahkan pasukan pertahanan untuk mempertahankan kepentingan-kepentingan kedua-dua kabilah tersebut.
Sesuatu yang menarik, Yaman dikategorikan dalam negara tiga musim (panas, luruh dan sejuk). Kepelbagaian cuaca di Yaman lebih dipengaruhi oleh bentuk muka bumi dan paras ketinggian wilayah-wilayahnya. Pada musim sejuk, suhu di kawasan pergunungan mencatat -14 darjah Calcius hingga –15 darjah Calcius manakala kawasan persisiran pantai dan tanah rendah bersuhu sederhana sepanjang musim sejuk.Pada musim panas suhu di kawasan pengunungan mencatat 19 darjah Calcius hingga 22 darjah Calcius. Manakala di kawasan persisiran pantai dan tanah rendah mempunyai suhu panas dan lembab mencapai 42 darjah Calcius hingga 45 darjah Calcius. Pada musim luruh pula semua kawasan menerima hujan.
Selain itu, di bumi Yaman terdapat Makam cicit Rasulullah sallallahu alaihe wasalam....'
Makam yang bercat putih di mana tersemadi jasad mulia cicit Rasulullah sallallahu alaihe wasalam.. Ahmed bin Isa Al-Muhajir tersergam dan mudah kelihatan dari jalan besar yang menghubungi Tarim dan Seiyun. Sebagai keturunan Ali radhiallahu anhu, makam ini wajar diziarahi semasa kunjungan anda di Yaman.
Ayuh... jangan bertangguh lagi.. segara hubungi kami Darul Mubarak Travel & Tours,
Ibu pejabat (Seri Iskandar ) : 05-3714001 / 0165247001
Ipoh : 05-5287001 / 0165267001
Terengganu : 09-6174001 / 016-5234033
Selangor : 016-5200102 / 03-87393018
WEBSITE: www.dmubarak.com

Comments

Popular posts from this blog

Busan City Tour

Located in the southeast region of the Korean peninsula, Busan is the country's largest port city and boasts an abundance of coastal tourist attractions, historical and cultural sites, and trendy shopping areas. The city has a well-developed public transportation system, but for a more convenient and all-inclusive tour, hop aboard the Busan City Tour. The Busan City Tour is comprised of a variety of one-day courses that cover some of the area's major attractions (Haeundae Beach, Taejongdae Resort Park, BEXCO, Jagalchi Market, Dalmaji-gil Road, etc.). The Circulatory Tour covers Taejonogdae Resort Park and Haeundae Beac; the History and Culture Exploration Tour includes major historic sites; the Natural Ecology Tour introduces the rich ecosystem of Busan; the Night View Tour shows some of the city's most fascinating nighttime attractions. Each seat on the bus is equipped with an individual TV screen, providing visitors with information about the stops along the way in a p...

spotcheck bantal kesayangan anda

  Jom sama sama buat spotcheck bantal bantal yang sedia ada dirumah. Adakah ❌ Berpeta? ❌ Kotor? ❌ Berbau hapak? ❌ Bewarna kuning? Dah tiba masanya untuk check semua bantal bantal lama dan tukar kepada bantal lain. Tapi jika nak cari bantal, kami suggest beli bantal LEYNA. ๐Ÿ‘ ๐ฌ๐ž๐›๐š๐› ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ ๐ฎ๐ง๐š ๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฅ ๐‹๐„๐˜๐๐€ : ✅ Ianya boleh dicuci dan dikeringkan setiap kali kotor. Anda juga boleh cuci bantal pada bila-bila masa yang anda rasa nak cuci. Tapi ingat, disarankan guna mesin dobi DIY/Layan Diri dobi sebab ruang mesin basuhnya yang lebih besar memudahkan bantal untuk dibersihkan dengan lebih sekata. ✅ Ada zip tersorok bagi memudahkan anda nak selaraskan ketinggian bantal. Bantal tidur anak -anak juga boleh dilaras mengikut keselesaan mereka semasa tidur. Sebab ada yang suka bantal tinggi, dan ada jugak yang sukakan bantal rendah. Betul tak? ✅ Bantal LEYNA datang dengan sarung bercorak moden, dah tak perlu pakai sarung bantal. Boleh dipadankan dengan pelbagai ...

KELEBIHAN BANTAL LEYNA

".....alaa bantal aja.. Semua sama jelah, mane ade beza  ๐Ÿ˜’ .." Eh.. siapa kataaaa  ๐Ÿง Bantal Leyna datang dengan pelbagaiii keistimewaan yang unik dan indah sejak lahir. Orang tengok sekali dah terpikat.. Bila peluk cium bertambah-tambah jatuh cintanya. Ada yang berhajat order 1 biji. Bila dah sampai depan rumah, terus tambah order. Untuk rumah mak, rumah mak mertua. Bak kata orang, selesa jangan sorang-sorang. Sharing is caring  ๐Ÿคญ # BantalLeynaAwesome   #AgentKOTABHARU # leynabyFLENAZ wasap.my/601137881947/BantalLeyna