Skip to main content

insomnia

“Haih susahnya nak tidur, badan dah penat pon tak tidur lagi ni. Kenapa la ye? Hmm.."
.
.
Anda pernah mengalami situasi ini? Sekiranya ada, anda mungkin mengalami insomnia.
.
.
Tidur amat penting untuk semua manusia. Untuk pengetahuan anda semua, tempoh masa tidur setiap individu berbeza antara satu sama lain. Purata jumlah masa tidur yang diperlukan sehari ialah 7 hingga 8 jam.
.
.
Anda tahu Insomnia itu apa? Insomnia adalah gangguan tidur yang menyebabkan kesukaran untuk tidur, atau tidak cukup tidur, walaupon terdapat cukup waktu untuk melakukannya. Gangguan tersebut menyebabkan si penderita tidak bersemangat untuk membuat aktiviti pada keesokan harinya. Bahaya penyakit insomnia jarang disedari si penderita. Padahal bahaya penyakit insomnia mampu menimbulkan komplikasi dan masalah kesihatan lain.
.
.
Insomnia mempunyai pelbagai jenis iaitu :

1) Insomnia Sementara :

Ianya bergantung kepada keadaan dan biasanya disebabkan oleh perubahan persekitaran atau tekanan hidup seperti mengembara, dimasukkan ke hospital atau menjangkakan bahawa sesuatu peristiwa yang penting atau yang menimbulkan tekanan kepada diri anda akan berlaku. Ia biasanya tidak melarat kepada gangguan yang lebih serius dan akan hilang dalam masa beberapa hari .
.
2) Insomnia Jangka Pendek :

Jika lebih banyak tekanan yang datang (contohnya kematian seseorang yang disayangi, dibuang kerja atau berlaku penceraian), insomnia sementara mungkin melarat menjadi insomnia jangka pendek dan biasanya insomnia jenis ini akan berlarutan tidak lebih daripada 3 minggu.
.
3) Insomnia Kronik :

Jika insomnia jangka pendek tidak dikendalikn dengan baik, ia mungkin melarat menjadi insomnia kronik yang biasanya berlarutan dari beberapa bulan hingga beberapa tahun. Ia selalunya disebabkan oleh keresahan umum, pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan, disfungsi fisiologi (gangguan fisiologi) atau penyalahgunaan bahan seperti alkohol atau dadah. Oleh yang demikian, adalah amat kritikal untuk mengenalpasti punca insomnia jangka panjang jika gangguan tidur ini hendak dikendalikan dengan baik.
.
.
Punca Insomnia:

1) Faktor gaya hidup

Sikap dan ubat-ubatan boleh menyebabkan berlakunya insomnia atau menerukkan lagi masalah tidur yang dialami.
Tabiat meminum alkohol, minuman yang mengandungi kafein dan merokok merupakan antara contoh utama.
Faktor gaya hidup lain yang boleh menurunkan kualiti tidur ialah seperti waktu tidur yang berbeza-beza setiap malam, pertukaran masa kerja, perjalanan jauh dan berpindah ke rumah baru.

2) Masalah-masalah kesihatan

Penyakit yang boleh menyebabkan rasa sakit (contoh: Angina Pektoris, Artritis, kanser, Ulser Peptik /Refluks saluran Gastro usus), masalah pernafasan (contoh: asma, Bronkitis, penyakit penyumbatan pulmonari kronik, kegagalan jantung kongestif) atau kerap terasa ingin membuang air kecil (contoh: penyakit kencing manis).

3) Masalah psikiatri

Kemurungan, gangguan keresahan, Skizofrenia, gang- guan bipolar, penyalahgunaan bahan seperti dadah dan ubat-ubatan boleh menyebabkan insomnia.

4) Persekitaran tidur yang tidak selesa

Persekitaran yang bising seperti bunyi lalu lintas, kapalterbang, atau bunyi televisyen jiran boleh menyebabkan tidur terganggu. Bilik yang terlampau terang, suhu bilik yang terlampau sejuk/panas dan bantal atau katil yang terlalu lembut atau keras juga boleh mengganggu tidur.
.
.
Tidur lama tak semestinya dikatakan tidur yang cukup. Malah tidur yang melebihi daripada biasa boleh merosakkan kesihatan kita secara amnya. Jadi pastikan anda jaga tidur anda dengan betul tau !

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: one or more people and text

Comments

Popular posts from this blog

Busan City Tour

Located in the southeast region of the Korean peninsula, Busan is the country's largest port city and boasts an abundance of coastal tourist attractions, historical and cultural sites, and trendy shopping areas. The city has a well-developed public transportation system, but for a more convenient and all-inclusive tour, hop aboard the Busan City Tour. The Busan City Tour is comprised of a variety of one-day courses that cover some of the area's major attractions (Haeundae Beach, Taejongdae Resort Park, BEXCO, Jagalchi Market, Dalmaji-gil Road, etc.). The Circulatory Tour covers Taejonogdae Resort Park and Haeundae Beac; the History and Culture Exploration Tour includes major historic sites; the Natural Ecology Tour introduces the rich ecosystem of Busan; the Night View Tour shows some of the city's most fascinating nighttime attractions. Each seat on the bus is equipped with an individual TV screen, providing visitors with information about the stops along the way in a p...

spotcheck bantal kesayangan anda

  Jom sama sama buat spotcheck bantal bantal yang sedia ada dirumah. Adakah ❌ Berpeta? ❌ Kotor? ❌ Berbau hapak? ❌ Bewarna kuning? Dah tiba masanya untuk check semua bantal bantal lama dan tukar kepada bantal lain. Tapi jika nak cari bantal, kami suggest beli bantal LEYNA. 𝟑 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐚𝐥 𝐋𝐄𝐘𝐍𝐀 : ✅ Ianya boleh dicuci dan dikeringkan setiap kali kotor. Anda juga boleh cuci bantal pada bila-bila masa yang anda rasa nak cuci. Tapi ingat, disarankan guna mesin dobi DIY/Layan Diri dobi sebab ruang mesin basuhnya yang lebih besar memudahkan bantal untuk dibersihkan dengan lebih sekata. ✅ Ada zip tersorok bagi memudahkan anda nak selaraskan ketinggian bantal. Bantal tidur anak -anak juga boleh dilaras mengikut keselesaan mereka semasa tidur. Sebab ada yang suka bantal tinggi, dan ada jugak yang sukakan bantal rendah. Betul tak? ✅ Bantal LEYNA datang dengan sarung bercorak moden, dah tak perlu pakai sarung bantal. Boleh dipadankan dengan pelbagai ...

KELEBIHAN BANTAL LEYNA

".....alaa bantal aja.. Semua sama jelah, mane ade beza  😒 .." Eh.. siapa kataaaa  🧐 Bantal Leyna datang dengan pelbagaiii keistimewaan yang unik dan indah sejak lahir. Orang tengok sekali dah terpikat.. Bila peluk cium bertambah-tambah jatuh cintanya. Ada yang berhajat order 1 biji. Bila dah sampai depan rumah, terus tambah order. Untuk rumah mak, rumah mak mertua. Bak kata orang, selesa jangan sorang-sorang. Sharing is caring  🤭 # BantalLeynaAwesome   #AgentKOTABHARU # leynabyFLENAZ wasap.my/601137881947/BantalLeyna