Tahukah anda.
TAIWAN yang mempunyai jumlah penduduk hampir 26 juta orang kini semakin mendapat tempat sebagai destinasi pelancongan menarik di kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia berikutan pelbagai kemudahan termasuk makanan halal yang mudah diperoleh.
Berada di Taiwan untuk pertama kali pastinya timbul kebimbangan apabila memikirkan soal makanan halal, namun, persepsi itu boleh dibuang jauh-jauh memandangkan negara tersebut semakin hebat dalam mempromosi makanan halal.
Antara yang menjadi tumpuan pelancong dan juga warga tempatan adalah menara tertinggi di dunia iaitu Taipei 101
Shih Lin Night Market antara pasar yang paling terkenal di Taipei dan menarik ramai pengunjung khususnya pada hujung minggu.Selain itu, aktiviti membeli-belah juga semakin meriah di Taipei sementara Xinyi, Shih Lin, Zhongxiao, Wanhua, Wu Fen pu dan Ximenting antara destinasi yang menjadi tarikan pelancongan dan terbaik untuk membeli-belah serta memenuhi keperluan belanja anda.
Terdapat juga lima masjid yang boleh dikunjungi di Taipei termasuklah Masjid Agung Taipei (Taipei Grand Mosque) yang dibina pada 1960. Bagi menambahkan keseronokan di kota Taipei, berkunjunglah ke Taman Tema Leo Foo Village. Ia adalah taman tema yang terdiri daripada empat perkampungan hiburan mengikut tema bercirikan beberapa negara iaitu Wild West, Arab, Pasifik Selatan dan Safari Afrika.
Terokai Taipei, rahsia terbaik Asia yang bakal membuatkan sesiapa saja terpikat dengan pemandangannya yang menakjubkan, kemeriahan kota dan kekayaan budayanya. Anda pasti terpesona.
pm kami untuk maklumat lanjut!

Comments
Post a Comment