MEDAN merupakan kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta & Surabaya. Rugilah sesiapa yang masih belum mengunjungi kota yang diduduki seramai 2.5 juta orang ini kerana ia mempunyai keistimewaannya tersendiri. Medan dianggap pusat perdagangan bagi Sumatera Utara dan menjadi pintu masuk kepada bandar atau tempat menarik lain seperti Tasik Toba, Pulau Nias, Aceh, Bukit Tinggi dan Padang di utara Sumatera. Mengenai asal usul nama Medan, ada yang menyatakan ia berasal daripada perkataan Medinah, Kota Madinah Arab Saudi, dan ada juga yang menyatakan yang dahulunya ia menjadi “medan peperangan’ di antara Raja Deli dan Sultan di Utara Sumatera (Acheh).
Para pelancong akan dibawa melawat Istana Maimun iaitu istana kebesaran Kerajaan Deli yang terletak di Maimoon Palace. Rupanya Istana Maimon menjadi juga sebagai salah satu landmark Kota Medan. Memang agak menarik bangunan ini dengan keindahan senibinanya, walaupun kelihatanagak lama. Dikatakan senibina bangunan merupakan perpaduan antara ciri Moghul, Timur Tengah, Spanyol, India, Belanda dan Melayu. Pengaruh tampak pada bentuk pintu dan jendela yang lebar dan tinggi. Tapi, terdapat beberapa pintu yang menunjukkan pengaruh Sepanyol. Pengaruh Islam tampak pada keberadaaan lengkungan pada atap. Bentuk lengkungan ini dikatakan amat popular di kawasan Timur Tengah, India dan Turki.
Istana ini juga dikenali juga sebagai Istana Putri Hijau.
Para pelancong akan di bawa ke Parapat (Lake Toba) dan kita akan melalui Tebing Tinggi dan Pematang Siantar. Di Permatang Siantar para pelancongan akan di bawa singgah di Patent Shop. Patent Shop merupakan sebuah kedai yang menjual makanan/ snek tradisi masyarakat di sana yang terdiri daripada macam-macam aneka pilihan seperti Teng Teng, Ting Ting, Tang Tang, Tong Tong, Yung Tung, Pang Pang, Ping Ping dan sebagainya. Yang bestnya, anda boleh rasa setiap satunya mana yang sedap untuk di bawa pulang sebagai buah tangan buat yang tersayang. Di sini juga anda akan di bawa ke Kampung ambarita dan Kampaung Tomok yang mempunyai cerita serta sejarah yang mengagumkan.
Keistimewaan Kota Parapat pula adalah pada pemandangannya yang sangat indah, di sini lah hotel yang akan anda duduki. Anda boleh melihat keindahan Danau Toba dari hotel juga. Disini terdapat banyak kemudahan seperti speed boat, perahu wisata yang boleh di bawa untuk mengelilingi Danau Toba.
Kota Berastagi yang berada di dataran tinggi akan nampak diapit oleh dua gunung aktif iaitu gunung Sinabung dan gunung Sibayak. Sesiapa yang mengunjungi Berastagi akan merasai kesejukan cuaca dingin di sana dan sangat terkenal dengan sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak didapati di Malaysia. Bertuah sekiranya dapat mengunjungi kawasan Berastangi ketika berada di lokasi, keunggulannya bukan sahaja di lokasi tetapi sejak dalam perjalanan menuju ke tempat ini.
Comments
Post a Comment