Umrah diwajibkan ke atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah, hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud :
“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”
Kelebihan ibadat umrah pada Ramadhan
Umrah atau ziarah ke tanah suci Makkah amat dituntut sepanjang Ramadhan. Perkara ini kerana ibadat itu dikerjakan di tempat suci iaitu Makkah dan pada bulan mulia, Ramadhan. Lebih-lebih lagi jika dilakukan pada sepuluh malam terakhir pada bulan tersebut.
Kerana itu tidak hairanlah dua tanah suci itu akan dipenuhi dengan para jemaah untuk mencari kelebihan malam lailatul qadar. Bayangkan pahala yang berlipat ganda jika kita beribadat pada malam tersebut. Pahalanya menyamai seperti beribadat seribu bulan, ditambah dilaksanakan di tanah suci.
Dalam hadis, Rasulullah pernah menjelaskan kepada wanita Ansar, Ummu Sinan mengenai kelebihan umrah pada bulan ini. Baginda bersabda bermaksud: “Apa yang menghalangmu untuk melakukan haji bersama kami?” Wanita itu menjawab: “Keldai yang ada pada kami yang satu dipakai oleh ayahnya si polan (suaminya) untuk mengerjakan haji bersama anaknya, manakala yang lain dipakai untuk memberi minum anak kami.”
Baginda bersabda lagi: “Umrah pada Ramadan sama dengan mengerjakan haji atau haji bersamaku.”
Dalam hadis lain Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Apabila datang bulan Ramadhan, kerjakanlah umrah kerana umrah dalamnya setingkat dengan haji.”Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud;“Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji.”
Bersama kita rebut peluang ini...
daftar segera !!!
Hanya perlu...
1) Bayarah DEPOSIT RM 500 seorang2) Salinan IC atau PASSPORT anda
Hubungi segera!! +6019-2219792
Comments
Post a Comment